PERKENALAN DIRI
Selamat Datang ke BLOG Perkhidmatan Rangakaian Komputer. Nama saya Vinod Naidu biasanya dipanggil Vinod. Umur saya ialah 18 tahun dan saya berasal dari Klang. Tujuan saya membuat BLOG ini untuk ialah memberitahu tentang Network Service yang menggunakan komputer. Sesetengah manusia menggunakan komputer untuk menyelesaikan kerja - kerja yang diberikan oleh pihak Pejabat. Contohnya, pelajar menggunakan komputer untuk menonton You Tube dan Goggle untuk keseronokan mereka tetapi mereka tidak tahu tentang komputer itu membolehkan mereka untuk perangkat elektronik yang memanipulasi informasi atau data. Komputer mampu menyimpan, mengambil, dan mengolah data. Anda mungkin telah mengetahui bahwa Anda dapat menggunakan komputer untuk mengetik dokumen, mengirim e-mail, bermain game, dan menjelajah.
PERKHIDMATAN RANGKAIAN KOMPUTER
Perkhidmatan Rangkaian ialah asas persekitaran pengkumpulan rangkaian. Ia umumnya disediakan dalam satu atau lebih pelayan untuk membekalkan sumber kongsi kepada komputer pelanggan.
1.kepentingan Rangkaian Komputer Adalah :
i. Perkongsian data dan maklumat
ii. Perkongsian peranti - peranti komputer
iii. Perkongsian perisian
iv. Perkongsian talian internet
2. Kategori Rangkaian
Terdapat tiga (3) kategori rangkaian seperti berikut :
i. LOCAL AREA NETWORK ( LAN )
II. METROPOLITAN AREA NETWORK ( MAN )
III. WIDE AREA NETWORK (WAN )
1.1 Pendidikan
·
Meningkatkan produktiviti dan
kecekapan dalam sistem pengurusan sekolah.
·
Meluaskan pengetahuan pelajar
dalam pencarian dan dapatan maklumat.
1.2 Perbankan dan
Perniagaan
·
Mewujudkan satu komunikasi yang
luas dengan pelanggan.
·
Mengurangkan kos operasi dan
masa.
·
Meningkatkan mutu perkhidmatan.
1.3 Kehidupan
Harian Di Rumah
·
Memudahkan pengurusan rumah.
·
Maklumat dapat di capai dengan
mudah walaupun dari rumah dengan adanya kemudahan komputer dan internet serta
televisyen.
·
Komunikasi jauh boleh diwujudkan.
1.4 Sektor Industri
·
Memudahkan perancangan
pengeluaran dan sistem kawalan.
·
Membantu proses merekabentuk
produk menggunakan perisian CAD.
·
Membantu pekerja mengendalikan
mesin.
·
Membantu tadbir untuk mengawasi
dan mengendalikan seluruh operasi kilang.
3.0 Proses Komputer
1.1 Input
Input merupakan aktiviti memasukkan data ke dalam sistem komputer. Data
dimasukkan ke dalam sistem komputer melalui
aktiviti :
·
Menaip data secara manual
menggunakan keyboard.
·
Memilih dan klik dari senarai
yang disediakan menggunakan mouse.
·
Mengimbas dokumen, imej dan
sebagainya menggunakan scanner.
1.2 Proses
Proses adalah langkah menukarkan data kepada
maklumat yang berguna.
1.3 Output
Output ialah maklumat yang dipaparkan oleh komputer selepas data diproses
mengikut arahan yang diberikan oleh peranti input. Contoh output ialah paparan teks, video atau imej di monitor, teks atau imej
yang dicetak oleh pencetak dan paparan di projector LCD.
1.4 Storan
Storan ialah tempat untuk menyimpan data untuk tujuan
kegunaan akan datang.
3.0 : Carta aliran input, proses, output dan storan
2.0 Jenis - jenis komputer
2.1 Dekstop
Desktop merupakan istilah yang digunakan untuk komputer peribadi. Kedudukan peralatan Desktop pada kebiasaannya diletakkan di atas meja terdiri daripada monitor, mouse, keyboard dan system unit. Komputer jenis ini mudah untuk menaiktaraf dari segi
perkakasan sekiranya perlu. Ia juga
lasak bagi mengendalikan program multimedia,
games dan autocad.
2.2 Laptop
Laptop
merupakan komputer yang berbentuk ringkas dan mudah alih. Perkakasan seperti processor, motherboard, RAM, hardisk,
monitor dan keyboard disatukan menyerupai sebuah buku. Ia ringan dan mudah
dibawa ke mana-mana. Sesuai digunakan untuk membuat pebentangan di dalam sektor
pekerjaan dan perniagaan. Laptop
terdiri daripada
2.3 Ultrabook
Ultrabook merupakan
komputer riba rekabentuk alaf baru dan menyediakan fungsi pengkomputeran yang
sama. Ia ringan, nipis dan mempunyai ketahanan bateri yang lebih daripada
Laptop. Spesifikasi keluaran Ultrabook ialah menggunakan CPU jenis Intel Core
i5 dan Intel Core i7.
2.4 Netbook
Netbook merupakan komputer riba yang paling
kecil, ringan dan berkuasa rendah. Ia sesuai digunakan untuk membuat
kerja-kerja dokumentasi menggunakan perisian Microsoft Office dan melayari
Internet menggunakan perisian Google Chrome dan Mozilla Firefox. Spesifikasi
keluaran Netbook ialah paling minimum iaitu menggunakan CPU jenis Intel
Pentium.
2.5 Thin Client
Thin Client juga merupakan komputer
jenis Desktop yang menggunakan sistem unit sangat kecil, ringan dan berkuasa
rendah. Ia sesuai untuk penggunaan membuat kerja-kerja dokumentasi,
penghantaran email dan melayari Internet. Thin
Client amat sesuai digunakan di pejabat kerana tidak memerlukan ruangan
yang besar
Keyboard berfungsi membenarkan pengguna memasukkan arahan perkataan, nombor dan simbol kepada komputer.
Scanner berfungsi menyalin dan membaca dokumen dalam
bentuk teks dan gambar. Dokumen yang disalin akan bertukar kepada bentuk
digital dan disimpan dalam komputer. Maklumat yang dibaca akan diproses oleh
komputer
Rajah 1 : IBM 8228 Multistesen Access Unit
Rajah 2 : IBM 8239 Token Ring Stackable Hub
Rajah 3 : Pengerakan Token Passing
2.6 Peranti Komputer
1.1.1 Keyboard
Keyboard berfungsi membenarkan pengguna memasukkan arahan perkataan, nombor dan simbol kepada komputer.
1.1.2 Mouse
Mouse
ialah penunding (pointer) berfungsi menggerakkan arahan
penunding untuk ditekan oleh pengguna
1.1.3 Scanner
1.1.4 Monitor
Monitor berfungsi memaparkan output yang
dikehendaki oleh sistem unit komputer.
1.1.4 Printer
Printer berfungsi mencetak pelbagai maklumat
dalam bentuk dokumen (hard copy).
1.1.5 Speaker
Speaker berfungsi mengeluarkan arahan bunyi
dari komputer.
2.7 Perkakasan Komputer
1.1 CPU ( Central Processing Unit )
CPU atau processor
merupakan perkakasan utama yang memainkan peranan dari segi kelajuan memproses
data. CPU berfungsi sebagai otak
kepada keseluruhan sistem komputer. Di sinilah semua data mentah akan diproses
menjadi maklumat yang dikehendaki dalam komputer.
1.2 Motherboard
Motherboard berfungsi
sebagai jantung bagi sesebuah komputer. Ia merupakan papan litar yang besar dan
terletak di bahagian bawah casing bagi
pengguna yang menggunakan desktop casing
dan terletak menegak bagi pengguna yang menggunakan tower casing. Motherboard
diperbuat daripada kepingan kaca serat dan di atasnya dipenuhi dengan cip,
perintang, kapasitor dan juga litar-litar elektronik. Secara umumnya kita boleh
menganggap bahawa motherboard
merupakan tempat bergantungnya segala komponen bagi sebuah komputer.
1.3 RAM (Random Access Memory)
RAM merupakan ingatan utama di mana data atau arahan yang diperlukan atau sedang diproses disimpan buat sementara waktu agar ianya boleh dipindahkan di antara CPU dan sistem pengoperasian. RAM boleh melaksanakan proses baca dan tulis (read and write). RAM adalah tidak kekal (volatile). Ini bermakna ia akan kehilangan data atau arahan sebaik sahaja komputer dimatikan (off).
1.4
Hard
Drive
Hard Drive merupakan perkakasan menyimpan data kekal di dalam sistem komputer. Perisian sistem operasi dipasang (install) di hard drive bagi membolehkan komputer beroperasi. Selain itu perisian pemacu (driver) dan perisian aplikasi juga dipasang (install) pada hard drive.
1.5
Power
Supply
Power supply
merupakan penerima bekalan elektrik daripada punca bekalan elektrik utama. Power supply menukarkan arus elektrik
kepada bentuk voltan untuk mengagihkannya ke soket-soket yang terdapat pada motherboard bagi kegunaan komponen yang
berkaitan. Terdapat dua (2) jenis power
supply iaitu 110v dan 240v.
1.1
Graphic
Card
Graphic card berfungsi memproses serta menghasil gambar dan video untuk dipaparkan pada peranti output iaitu monitor. Ia juga terdapat dalam bentuk (built-in) iaitu disertakan bersama dengan motherboard. Graphic card tambahan biasanya digunakan oleh pengguna yang melakukan kerja multimedia seperti animasi 3D, rekabentuk, dan games.
1.2
Sound
Card
Sound card berfungsi mengeluarkan bunyi yang dihasilkan oleh komputer.
1.4
Cooling
Fan
Cooling fan berfungsi
mengawal kitaran (ventilation) angin
pada system unit. Ia dipasang di
hadapan dan belakang casing. Cooling fan di hadapan akan tarik masuk
angin dari persekitaran luar untuk sejukkan perkakasan dan komponen dalam casing. Cooling fan di belakang akan tarik keluar angin dari persekitaran
dalam untuk sejukkan perkakasan dan komponen dalam casing.
1.5
Storage
Media
Storage media berfungsi
sebagai tempat penyimpanan perisian operasi dan aplikasi. Ia digunapakai semasa
proses installation perisian operasi
dan perisian aplikasi mengikut keperluan pengguna.
1.6
Optical
Drive
Optical drive merupakan
perkakasan yang menggunakan laser
untuk membaca dan menyalin data menggunakan CDR, CDRW, DVDR dan DVDRW. Optical drive juga boleh memadam semula
data yang telah disalin pada cakera optik.
1.7
Casing
Casing merupakan tempat meletakkan
perkakasan-perkakasan komputer yang terlibat untuk system unit. Peranan casing memastikan perkakasan komputer
beroperasi dengan baik. Umumnya terdapat dua rekabentuk casing yang boleh dipilih
iaitu dari jenis basic atau pun tower yang dikatakan paling popular.
1.8
Heatsink
& Fan
Heatsink
& fan adalah
terma peranti logam konduktif direka untuk menyerap dan bersurai kepanasan dari
objek suhu tinggi seperti pemproses computer. CPU heat-sink dilengkapi dengan kipas terbina dalam untuk membantu
menjaga kedua-dua CPU dan heat-sink haba
pada suhu yang sesuai. Heat-sink yang
diperbuat daripada logam, seperti aloi tembaga atau aluminium, dan dilampirkan
kepada pemproses. Kebanyakan heat-sink bersirip,
hirisan nipis logam disambungkan ke pangkal heat-sink
, yang membantu haba tersebar di kawasan yang besar.
Fast Ethernet
Dikenali juga sebagai 100BaseT menggunakan piawai IEEE 802.3u. Berkelajuan 100Mbps. Media yang digunakan adalah:
a) 100Base-Tx - kabel terpiuh (twisted pair cable) berkategori 5. Menggunakan 2 pasang wayar.
b) 100Base-T4 - kabel terpiuh (twisted pair cable) berkategori 3. Menggunakan 4 pasang wayar
c) 100Base-Fx – kabel fiber optik. Mengunakan 1 pasang wayar.
100Base-TX adalah paling popular kerana mempunyai banyak persamaan dengan sistem 10BaseT. Namun penukaran kabel berkatergori 5, nic dan hub/switch yang menyokong Fast Ethernet perlu dilakukan.
Token Ring(Cincin Token)
Rangkaian Token Ring diasas oleh IBM di akhir tahun 1970. Sehingga kini token ring masih menjadi pilihan utama untuk IBM di dalam sistem rangkaian setempat (LAN). Rajah 1, 2 dan 3 menunjukkan produk Token Ring keluaran IBM.
Spesifikasi IEEE 802.5 banyak mengikut ciri-ciri token ring yang diasaskan oleh IBM. Walau bagaimana pun terdapat sedikit perbezaan antara token ring IBM dan IEEE 802.5.
Rajah 1 : IBM 8228 Multistesen Access Unit
Rajah 2 : IBM 8239 Token Ring Stackable Hub
Di dalam Model OSI, token ring menyediakan perkhidmatan pada lapisan fizikal dan lapisan sambungan data. Rangkaian token ring mempunyai dua kelajuan, iaitu 4 Mbps atau 16 Mbps. Rangkaian token ring menggunakan teknik yang dinamakan token passing yang berfungsi untuk mengelak dari berlakunya pelanggaran data. Ini dapat dicapai dengan menghantar bingkisan (packet) khas yang dinamakan token dari satu stesen kepada stesen lain. Sesuatu stesen hanya dapat menghantar data (dalam bentuk bingkisan) apabila terdapat token yang kosong. Pergerakan token hanyalah dalam satu arah saja. Sila rujuk rajah 4 untuk keterangan lebih lanjut.
Rajah 3 : Pengerakan Token Passing
Keenam-enam stesen terletak dalam topologi ring dengan token passing berlaku. Token boleh dianggap seperti satu mangkuk dan pembawa dianggap keretapi yang boleh bergerak dalam satu arah saja iaitu mengikut arah jam.
Dalam keadaan idle, semua pengguna dalam keadaan senyap. Apabila pengguna A ingin menghantar maklumat kepada pengguna D. Pengguna A akan memanggil keretapi tersebut dan mengisi segala maklumat ke dalam mangkuk tersebut. Maklumat yang dimasukkan adalah alamat penerima, barang kiriman dan alamat penghantar. Ianya sama seperti kita menghantar surat biasa. Setelah segala maklumat diisi di dalam mangkuk, keretapi tersebut akan bergerak mengikut arah jam. Destinasi keretapi tersebut adalah dari pengguna A kepada pengguna D. Walaupun di dalam perjalanan pengguna C ingin menghantar maklumat kepada pengguna D, keretapi tidak akan berhenti. Ini sama dengan konsep token passing, iaitu token hanya akan menerima maklumat apabila token tersebut kosong. Dalam hal ini, keretapi akan terus bergerak hingga ke pengguna D.
Apabila pengguna D menerima barangan yang dikirim oleh pengguna A, pengguna D akan memasukkan maklumat ke dalam mangkuk tersebut. Maklumat yang dimasukkan adalah pengesahan penerimaan. Keretapi terus bergerak dan dalam perjalanannya, pengguna E cuba menahan keretapi tersebut untuk menghantar kiriman kepada pengguna A.
Tetapi keretapi tidak akan berhenti kerana ia terpaksa menghantar maklumat mengenai pengesahan penghantaran kepada pengguna A. Apabila tiba kepada pengguna A, pengguna A akan memeriksa surat pengesahan penerimaan yang diterima dari pengguna D. Setelah itu barulah keretapi bergerak menuju ke pengguna C. Bila tiba di pengguna C, aturcara yang sama akan berlaku seperti tadi.
Kabel Token Ring
Sistem kabel IBM masih lagi mempengaruhi topologi token ring. Kabel seperti twisted pair (UTP/STP), penyambung wayar, outlets dan panel pencawang masih lagi mengikut sistem kabel IBM.
Teknologi token ring juga dikenali sebagai star-shaped ring. Ia dipanggil demikian kerana setiap stesen berlainan akan disambung ke wayar concentrator (rajah1) yang berbentuk bulatan, dengan setiap satu wayar (rajah 5) boleh disambung ke lapan stesen. Terdapat berbagai jenis kabel token ring.
Terdapat 7 jenis kabel yang digunakan untuk token ring.1. Type 1 – AWG (American Wire Gauge) 22, triple shielded, sesuai untuk kegunaan luar dan dalam bangunan 2. Type 2 – Sama seperti Type 1, menggunakan 4 pasang wayar talipon (26 AWG) 3. Type 3 – Kabel talipon tidak bersalut, tidak menyokong 16Mb/s dan amat sensitif dengan gangguan luaran 4. Type 5 – Kabel fiber optik 100/140mm5. Type 6 - Double shielded 26 AWG, digunakan untuk menyambung kabel concentrator atau stesen dan outlets 6. Type 8 – 26 AWG, double shielded, selalu digunakan untuk dipasang melalui karpet 7. Type 9 – 26 AWG, selalu digunakan sebagai kabel yang tahan kepada kepanasan disebabkan kebakaran
Selalunya token ring digunakan sebagai tulang belakang (backbone) sesuatu sistem rangkaian. Ini kerana cara ianya berfungsi dapat mengelak dari berlakunya pelanggaran data. Peralatan token masih boleh didapati di pasaran sekarang. Antara pengeluar yang masih menghasilkan barangan untuk token ring ialah Cisco dan IBM. Dengan perkembangan teknologi pensuisan, terdapat juga token ring yang menggunakan pensuisan.
1.0 PELAN SUSUN ATUR KABEL
Point to Point Cabling merupakan pengkabelan kaedah lama untuk mewujudkan sistem rangkaian. Pengkabelan jenis ini kebiasaannya dibahagikan kepada setiap kawasan. Ia memerlukan penggunaan jumlah kabel yang banyak kerana setiap penyambungan adalah secara berasingan. Pengkabelan jenis ini sesuai digunakan di bangunan kecil dan sederhana seperti pejabat dan sekolah.
1.2 Trunking
Trunking merupakan sebuah alat yang sesuai untuk menyimpan pelbagai
jenis kabel elektrik dan rangkaian. Ia diperbuat daripada pvc dan logam.
Terdapat dalam pelbagai jenis saiz dan ukuran. Trunking melaraskan susun
atur dan melindungi kabel untuk jangkamasa panjang. Kebiasaannya
trunking dipasang di permukaan atas dan bawah dinding bangunan
bertujuan memudahkan juruteknik membuat penarikan kabel baru dan
penyelenggaraan baikpulih sekiranya berlaku kerosakan.
1.3 Horizontal Cabling
Horizontal Cabling merupakan pengkabelan secara mendatar paling mudah
dipasang sama ada semasa pembinaan atau pengubahsuaian sesuatu
bangunan. Ia berpandukan kepada struktur bahagian setiap bangunan.
Horizontal Cabling memerlukan penggunan trunking supaya memudahkan
proses melaraskan kabel mengikut susunan yang telah ditetapkan.
1.4 Backbone Cabling
Backbone Cabling merupakan satu kabel utama menghubungkan
pembahagian antara ruang ke ruang dalam satu bangunan yang sama. Jenis
kabel fiber optic sangat sesuai digunakan sebagai Backbone Cabling. Ini
kerana kabel fiber optic bersifat lasak dan tahan lama sesuai untuk ditanam
dalam dinding bangunan atau bawah tanah berdasarkan pelan yang dirujuk.
1.5 Campus Cabling
Campus Cabling merupakan pengkabelan besar rangkaian kawasan
setempat. Kampus terdiri daripada beberapa bangunan yang dibahagikan
oleh bahagian dan jabatan seperti pejabat pengurusan, perpustakaan,
dewan kuliah, asrama dan lain-lain. Pangkabelan bawah tanah (main hole)
merupakan kaedah yang paling sistematik digunakan di kawasan kampus.
Ia menggunakan kabel jenis fiber optic. Kaedah ini selamat dan
memudahkan juruteknik sekiranya untuk membuat penarikan kabel baru
atau proses penyelenggaraan. Setiap kabel melalui bawah tanah ini akan
dilakukan proses penamatan(termination) kepada bangunan yang telibat.
2.0 JENIS-JENIS TOPOLOGI RANGKAIAN
Topologi rangkaian merupakan corak atau susun atur terhadap sesebuah
rangkaian. Topologi terdapat dalam dua keadaan iaitu fizikal dan logikal.
Topologi fizikal merupakan rekabentuk fizikal rangkaian dari segi lokasi dan
pemasangan peranti serta kabel. Topologi logikal merupakan penghantaran
atau pemindahan data dari komputer ke komputer dan ke peranti lain.
2.1 Topologi Bus
Topologi Bus merupakan struktur rangkaian disambungkan dengan satu
kabel backbone yang menghubungkan semua komputer dan peranti lain. Ia
mempunyai titik permulaan dan penamat (termination). Setiap komputer dan
peranti lain disambungkan kepada satu kabel. Proses penghantaran data
adalah satu arah.
Kelebihan Topologi Bus
Sekiranya salah satu terminal rangkaian tidak berfungsi, ia tidak
menjejaskan yang lain.
Boleh buat proses penambahan atau pengurangan terminal rangkaian
mengikut keperluan.
Kekurangan Topologi Bus
Pelanggaran data berlaku apabila lebih dari satu komputer menghantar
data serentak dalam masa yang sama.
Prestasi rangkaian terjejas dan perlahan sekiranya penambahan
terminal.
2.2 Topologi Star
Topologi Star merupakan struktur rangkaian menggunakan switch atau hub
yang berfungsi sebagai penyambung kepada komputer dan peranti lain.
Switch menguruskan penghantaran data yang diproses oleh komputer untuk
di hantar ke komputer yang lain.
Kelebihan Topologi Star
Kerosakan yang berlaku terhadap mana-mana komputer tidak akan
memberi kesan kepada keseluruhan rangkaian.
Boleh buat proses penambahan atau pengurangan terminal rangkaian
mengikut keperluan.
Prestasi rangkaian lancar dan cepat kerana diurus oleh switch.
Kekurangan Topologi Star
Kos tinggi kerana memerlukan penggunaan switch dan kabel yang
banyak.
Sekiranya switch rosak, keseluruhan rangkaian tidak berfungsi.
2.3 Topologi Ring
Topologi Ring merupakan struktur rangkaian sebuah bulatan seperti cincin.
Setiap terminal dalam rangkaian bergantung di antara satu sama lain. Data
yang dihantar melalui setiap terminal sehingga sampai ke terminal yang
dikehendaki.
Kelebihan Topologi Ring
Sebuah rangkaian sistematik di mana semua terminal mempunyai akses
pada kadar yang sama rata.
Kekurangan Topologi Ring
Sekiranya salah satu komputer tidak berfungsi, ia menyebabkan seluruh
rangkaian tidak berfungsi.
Penambahan atau pengurangan peranti memberi kesan kepada seluruh
rangkaian.
2.4 Topologi Hybrid
Topologi Hybrid merupakan struktur rangkaian secara gabungan tiga
topologi iaitu Ring, Star dan Bus. A
Kelebihan Topologi Hybrid
Sebuah rangkaian sistematik di mana semua terminal mempunyai akses
pada kadar yang sama rata.
Kekurangan Topologi Hybrid
Sekiranya salah satu komputer tidak berfungsi, ia menyebabkan seluruh
rangkaian tidak berfungsi.
Penambahan atau pengurangan peranti memberi kesan kepada seluruh
rangkaian.
PENERANGAN / INFORMATION :
1.0 KAJIAN PENYELEDIKAN TAPAK DAN KAWASAN
Kajian penyelidikan tapak dan kawasan merupakan langkah yang perlu diambil sebelum projek pembangunan premis dilaksanakan. Ia bertujuan menilai kesesuaian tapak secara keseluruhan bagi pembangunan premis yang akan dicadangkan serta menyediakan satu rekabentuk yang sesuai, lengkap, ekonomi dan selamat.
1.1 Jarak Antara Siling dan Lantai
Penentuan jarak antara siling dan lantai merupakan langkah bagi mengawal saiz keseluruhan bangunan untuk menentukan peruntukan siling. Ia juga merujuk kepada keluasan keseluruhan ruang bagi muatan yang dirancang untuk memenuhi keperluan fungsi bagi sesuatu bangunan
1.2 Cable Tray
Cable Tray merupakan sebuah alat yang digunakan untuk menyokong pendawaian kabel elektrik dan rangkaian. Ia diperbuat daripada logam. Terdapat dalam pelbagai jenis, saiz, ukuran dan warna. Cable Tray melaraskan susun atur dan melindungi kabel untuk jangkamasa panjang. Ia digunakan di tempat yang sukar untuk pemasangan kabel seperti di kawasan tempat letak kenderaan dalam bangunan dan dalam siling. Cable Tray mempunyai pelbagai warna kerana dijadikan sebagai label untuk setiap pendaiwaian.
1.3 Raised Floor
Raised Floor merupakan sejenis lantai mempunyai tapak ketinggian bertujuan untuk ruangan pendawaian elektrik dan rangkaian. Rekabentuk lantai ini ialah segi empat sama yang berukuran 60cm x 60cm. Ketinggiannya pula ialah dari setengah kaki hingga ke satu kaki. Raised Floor juga merupakan sejenis lantai alaf baru dan moden yang digunapakai oleh bangunan besar seperti pejabat. Ia diperbuat daripada bahan tidak mengalirkan arus elektrik (penebat) dan selamat digunakan untuk jangkamasa yang lama. Di bawah permukaan lantai tersebut akan dipasangkan Cable Tray bertujuan menyokong pendawaian kabel elektrik dan rangkaian supaya selaras dan kemas.
2.0 PERKAKASAN, PERALATAN DAN BAHAN PEMASANGAN RANGKAIAN
2.1 Perkakasan
2.1.1 Switch
Switch merupakan perkakasan digunakan untuk mewujudkan rangkaian berwayar antara komputer ke komputer dan perkakasan lain. Switch menguruskan proses penghantaran serta penerimaan data antara komputer ke komputer dan perkakasan lain. Setiap komputer yang bersambung dengan switch akan memperolehi kelajuan sama semasa proses penghantaran dan penerimaan data.
2.1.2 Router
Router merupakan perkakasan pakar dalam penghantaran paket data melalui rangkaian. Ia memilih jalan yang terbaik dalam rangkaian bagi perjalanan dan penghantaran paket data ke destinasi. Router juga sebagai pusat rangkaian yang mempunyai dua penyambungan iaitu LAN dan WAN (Internet Service Provider). Router menguruskan penghantaran paket data kepada terminal akhir iaitu komputer. Router memeriksa alamat IP destinasi paket dan menentukan laluan yang terbaik dengan merujuk jadual routing.
2.1.3 Wireless Access Point
Wireless Access Point merupakan perkakasan digunakan untuk mewujudkan rangkaian wireless antara komputer ke komputer dan perkakasan lain yang menggunakan capaian wireless. Ia dilengkapi satu RJ45 port yang berfungsi sebagai WAN. Kabel akan di plug ke RJ45 port yang berfungsi sebagai WAN. Kemudian Wireless Access Point akan mengeluarkan signal rangkaian WAN secara wireless berbentuk SSID. Perkakasan seperti Laptop, Tablet dan Smartphone boleh mengesan SSID tersebut melalui tetapan perkakasan untuk mendapatkan sambungan rangkaian.
2.1.4 Patch Panel
Patch Panel merupakan perkakasan digunakan untuk menyusun atur pengkabelan rangkaian supaya dalam keadaan teratur, kemas dan tahan lama. Ia membantu melabel setiap kabel yang dipasang bagi memudahkan kerja pemasangan, pengubahsuaian dan penyelenggaraan. Patch Panel dilengkapi dengan RJ45 port. Ia terbahagi kepada beberapa jenis dan dikelaskan mengikut jumlah port yang terdapat pada bahagian hadapan iaitu 12 port, 24 port, 48 port dan 96 port. Sebelum membuat pemasangan kabel UTP pada Patch Panel, hendaklah merujuk kepada kod susunan warna yang telah ditetapkan.
2.1.5 Patch Cord
Patch Cord merupakan kabel rangkaian jenis UTP / STP yang telah disiap pasang RJ45 connector pada kedua-dua hujung kabel. Ia digunakan sebagai media penghantaran yang membolehkan komunikasi antara komputer ke komputer dan peranti lain dalam sebuah rangkaian. Kabel Patch Cord mestilah dibuat mengikut ukuran panjang yang ditetapkan. Sekiranya melebihi dari 100 meter signal komunikasi dan penghantaran data akan terputus (loss).
2.1.6 RJ45 Faceplate
RJ45 Faceplate merupakan casing yang menutup bahagian hadapan Modular Jack bertujuan untuk melindungi daripada sebarang kemungkinan berlaku seperti tumpahan air atau minyak.
2.1.7 RJ45 Surface Box
RJ45 Surface Box merupakan kotak yang menutup bahagian belakang Modular Jack sebagai tempat untuk menyimpan lebihan kabel yang ditarik. Selain itu ia melindungi daripada sebarang kemungkinan berlaku seperti tumpahan air atau minyak.
2.1.8 Modular Jack
Modular Jack merupakan perkakasan sebagai tempat termination (penamat) bagi pendawaian kabel UTP / STP. Lapan bahagian pada kabel tersebut akan di pasang pada Modular Jack mengikut susunan warna yang telah ditetapkan. Kabel Patch Cord akan di plug pada RJ45 port yang terdapat pada bahagian hadapan Modular Jack bertujuan untuk mendapatkan sambungan rangkaian.
2.1.9 Equipment Rack
Equipment Rack merupakan perkakasan dikhususkan untuk menempatkan perkakasan rangkaian seperti swicth, router, access point dan patch panel. Ia terdiri daripada pelbagai saiz dan bentuk. Pada bahagian atas Equipment Rack dilengkapi dengan kipas yang berfungsi untuk mengawal kitaran angin supaya perkakasan sentiasa dalam keadaan baik.
2.2 Peralatan
2.2.1 Cable Stripper
Cable Stripper merupakan peralatan digunakan untuk memotong lapisan utama kabel UTP / STP. Pemotongan mestilah dilakukan dengan pusingan 360 darjah.
2.2.2 Crimping Tool
Crimping Tool merupakan peralatan digunakan untuk proses crimping RJ45 connector kepada kabel UTP / STP dan RJ11 connector kepada kabel telefon. Pada bahagian bilah pisau ia boleh digunakan sebagai pemotong kabel.
2.2.3 Punch Down Tool
Punch Down Tool merupakan peralatan digunakan untuk menyambungkan 8 bahagian kabel UTP / STP kepada Modular Jack dan Patch Panel.
2.2.4 Screw Driver
Screw Driver merupakan peralatan digunakan untuk melonggarkan dan mengetatkan skru. Ia digunakan dengan cara memutar pemegangnya pada arah lawan jam untuk melonggarkan dan arah jam untuk mengetatkan skru. Ia mempunyai bahagian hujung yang dibentuk mengikut alur skru bagi memudahkan skru dapat dilonggarkan dan diketatkan.
2.2.5 Cable Tester
Cable Tester merupakan peralatan digunakan untuk menguji kefungsian kabel UTP / STP yang telah siap dipasang RJ45 connector, Modular Jack dan Patch Panel. Ia juga boleh menguji kefungsian kabel telefon yang menggunakan RJ11 connector. Terdapat dua jenis cable tester iaitu analog dan digital.
2.2.6 Cable Puller
Cable Puller merupakan peralatan digunakan bagi melancarkan proses penarikan kabel elektrik dan rangkaian UTP / STP ke dalam conduit. Ia bersifat fleksibel iaitu boleh memasuki ke ruang dan laluan yang sukar seperti L dan T.
2.2.7 Tangga
Tangga merupakan peralatan digunakan untuk naik ke permukaan tinggi seperti dinding bahagian atas, siling dan bumbung. Kerja pengkabelan memerlukan Tangga supaya memudahkan proses penarikan kabel terutamanya pada bahagian yang tinggi.
2.3 Bahan
2.3.1 Trunking
Trunking merupakan bahan digunakan untuk melaras susun atur kabel yang ditarik. Ia diperbuat daripada pvc dan logam. Terdapat dalam pelbagai jenis saiz dan ukuran. Trunking boleh dipasang secara melintang dan menegak pada permukaan dinding. Ia boleh dibentuk L dan T mengikut keperluan. Trunking melindungi kabel untuk jangkamasa panjang. Trunking jenis pvc adalah sesuai digunakan bagi pengkabelan dalam bangunan kerana tidak terdedah kepada haba sinaran matahari dan air hujan. Ia boleh bertahan untuk jangkamasa panjang. Penutup pada bahagian atas Trunking boleh dibuka sekiranya ada pemeriksaan dan penyusunan semula kabel.
2.3.2 Conduit
Conduit merupakan bahan digunakan untuk melaras susun atur kabel yang ditarik. Ia diperbuat daripada pvc dan logam. Terdapat dalam pelbagai jenis saiz dan ukuran. Conduit boleh dipasang secara melintang dan menegak pada permukaan dinding. Ia mempunyai aksesori tambahan seperti L connector, T connector, coupler, clip dan lain-lain. Conduit melindungi kabel untuk jangkamasa panjang. Conduit jenis pvc sesuai digunakan bagi pengkabelan dalam bangunan kerana tidak terdedah kepada haba sinaran matahari dan air hujan. Ia boleh bertahan untuk jangkamasa panjang. Conduit jenis logam sesuai digunakan bagi pengkabelan di luar bangunan kerana tahan lasak. Ia juga boleh di tanam di dalam tanah kebiasaannya untuk pengkabelan elektrik.
2.3.3 Rubber Boot RJ45
Rubber Boot RJ45 merupakan bahan digunakan untuk melindungi pin yang terdapat pada RJ45 connector supaya tidak patah. Ia diperbuat daripada getah dan terdiri daripada pelbagai warna. Pelbagai jenis warna boleh dijadikan penanda bagi membantu juruteknik membuat pemeriksaan kabel.
2.3.4 RJ45 Connector
RJ45 connecter merupakan bahan penyambung penamat bagi kabel rangkaian UTP / STP. Pemilihan RJ45 connector adalah bergantung kepada jenis kabel UTP / STP yang digunakan.
Casino Roll - Casino Roll
ReplyDeleteCasino Roll is a non-progressive 유로 스타 도메인 slots and table games website. 코인 일정 사이트 Play the latest casino 룰렛돌리기 games and slots here at Casino Roll.com. Play and win 윈윈 벳 먹튀 real 커뮤니티 사이트 money.